Anak terkena renjatan elektrik di padang Perbadanan Putrajaya, ibu mohon doa kesembuhan

LocalFamily & Parenting
25 Mar 2025 • 1:39 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Satu insiden yang tidak diduga menimpa sebuah keluarga apabila kedua-dua anak mereka terkena renjatan elektrtik ketika bermain di padang Perbadanan Putrajaya.

Menurut ibu bapa kanak-kanak berkenaan, insiden tersebut berlaku dalam sekelip mata.

Susulan kejadian itu, salah seorang anaknya telah menjalani pembedahan dan berkemungkinan satu prosedur untuk mengambil kulit peha akan dilakukan untuk menampal semula di jari yang melecur.

Bagaimanapun, anak sulungnya yang ketika itu memegang dan membantu adiknya hanya terkena sedikit renjatan.

“Kedua-dua anakanda kami telah terkena renjatan elektrik di padang Perbadanan Putrajaya ketika bermain di situ. Kejadian jadi dengan sekelip mata dengan pemantauan kami yang berada dekat dengan anak-anak.

“Alhamdulillah kakak hanya terkena sedikit renjatan ketika memegang dan ingin menolong adiknya.

“Keadaan adik sekarang stabil, setelah operation yang pertama dilakukan. Sekarang masih dalam pemantauan rapi di hospital Putrajaya untuk menjalani sekali lagi operation plastic surgery. Kemungkinan akan membuat procedure mengambil bahagian kulit peha dan menampal semula di jari yang melecur,” kongsinya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Siti Nadia memohon agar pihak Perbadanan Putrajaya mengambil berat atas aduan yang telah dikemukakan.

“Kami berharap sangat pihak Perbadanan Putrajaya mengambil berat atas aduan yang telah kami kemukakan.

“Doakan kesembuhan anakanda kami dan kami kuat untuk terima ujian Allah di bulan ramadhan yang baik dan menjelang hari raya tak lama lagi,” katanya.