Anak Terkesan Baca Komen, Haliza Maysuri Minta Henti Ejek Wajah Suami

Family & Parenting
18 Jul 2024 • 6:40 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Sebut mengenai pengasas Bawal exclusive, Haliza Maysuri pasti ada yang sudah terbayang tudung bertatah swaroski yang dijualnya.

Malah usahawan tudung ini turut dikenali ramai kerana pernah membelikan pelbagai barangan mewah untuk kucing kesayangannya yang dikenali sebagai Money.

Haliza Maysuri luah kecewa orang ejek suami di media sosial

Baru-baru ini, Haliza Maysuri telah meluahkan rasa kecewa apabila suaminya, Rosli Awang sering menjadi ejekan orang ramai di media sosial.

Malah dakwa usahawan berusia 47 tahun itu, ada juga segelintir yang mengatakan suaminya itu seperti pemandu, penoreh getah dan bermacam-macam lagi.

Anak terkesan, ada yang cakap macam pemandu

Perkara itu secara tidak langsung telah menyebabkan anak-anak terkesan.

“Lepas ni cukup-cukup yang mengata suami saya macam driver lah, macam penoreh getahlah, muka tak ada class, macam-macam lagi.

“Alhamdulillah macam mana sekalipun, cukup-cukuplah tu. Tolong jaga hati anak-anak kami.

“Kesannya setiap hari anak saya, Putri selalu ingatkan saya kena cakap ‘papa Putri handsome’, ‘papa Putri paling handsome’. Kena cakap setiap hari. Sebab anak-anak baca komen-komen yang mengata papanya,” ujarnya dalam satu hantaran di Instagram.

Anak sayang dan hormat bapa, tak mahu beri impak negatif

Dia juga mengatakan anak-anaknya sangat menghormati dan sayang pada bapa mereka dan risau ia memberikan sebarang impak negatif jika membaca komen dilontarkan oleh orang ramai.

“Sudahlah papa introvert dan pendiam, takut bertambah introvert papa nanti.

“Lagi satu nak pesan kepada orang ramai yang meluat sangat tengok muka saya asyik viral je, silakan block (sekat) je semua media sosial saya. Insya-Allah hidup anda akan lebih tenang dan bahagia.”

Ramai tak setuju tindakan segelintir pihak ejek wajah orang

Melihat di ruangan komen, ramai yang turut tidak bersetuju dengan tindakan segelintir pengguna media sosial yang bertindak mengata suami kepada Haliza Maysuri.

Malah ada yang menyoal adakah mereka yang menghina rupa paras orang lain mempunyai wajah yang sempurna sehingga berani melakukan tindakan sebegitu.

“Elok je muka tuan haji, hajjah dan anak-anak tak perlu ambil peduli mereka yang seperti langgau…”

image is not available

“Allahu kejamnya, biarlah muka biasa-biasa tapi hasilnya luar biasa. Dari muka luar biasa tapi hasilnya tak ada”

image is not available