Baju Kebaya Hari Jadi Jutawan Tudung Bernilai RM134,000 - "36,000 Butir Kristal Swarovski, Fabrik Dari Eropah"

10 Jul 2024 • 9:00 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Jutawan tudung Haliza Maysuri tampil berkongsi nilai busana yang dipakainya ketika sambutan hari jadi ke-47 pada hujung minggu lalu.

Jelas Haliza, adibusana yang ditempah khas dari rumah fesyen Rizalman Couture itu mengambil masa dua bulan untuk disiapkan.

"Adi busana yang direka khas untuk Haliza Maysuri bersempena sambutan ulangtahunnya bertemakan kebaya yang diinspirasikan dari potongan kebaya Kota Bharu, Kelantan.

"Busana Haliza ini telah mendapat sentuhan khas oleh pelapis pereka fesyennya, Faizul yang mewarisi jenama RI Couture.

"Palet warna yang dipilih dari rona ash blue dan perincian sulaman, batuan kristal dari palet warna emas dan zamrud.

"Mengambil masa dua bulan pembuatannya termasuk perancangan, perbincangan, pemilihan fabrik, pemilihan batu Swarovski yang dibawa khas dari Austria.

"Fabrik dari Eropah terdiri daripada antique lamer dan satin silk, menggunakan sebanyak lebih dari tujuh meter untuk setiap fabrik," maklum kenyataan yang muatnaik Haliza menerusi akaun TikToknya baru-baru ini.









image is not available