Anak ‘Terlangkah’ Al-Quran, Ryzal Ibrahim Jelaskan Situasi Sebenar Dan Mohon Maaf

6 Jul 2025 • 11:07 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia ryzal Mohon Maaf

Nama personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim sekali lagi jadi perhatian ramai selepas video terbaharunya menerima kecaman hebat daripada netizen gara-gara dilihat meletakkan Al-Quran di atas sejadah.

Menyedari kekhilafan itu, Ryzal tampil membuat penjelasan secara terbuka dan memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan perbuatannya itu.

Ryzal akui tak sengaja dan kelam kabut waktu itu

Menurut Ryzal, dia langsung tidak berniat untuk meletakkan Al-Quran secara tidak sopan. Kejadian itu berlaku dalam keadaan kelam kabut apabila rehal yang digunakan anaknya patah.

Ryzal memang tak sengaja letak Quran atas sejadah sebab kelam kabut rehal patah. Tak sedar pula Rina datang dari belakang dan terlanggar. Ryzal nampak dan terus angkat balik Quran tu dan tak biarkan atas sejadah.

Tujuan asal video tersebut dimuat naik hanyalah untuk berkongsi reaksi Rina yang sedih apabila rehal kesayangannya patah dan bukan untuk mempermainkan mana-mana pihak.

Teguran netizen diterima, tapi bukan dengan cacian

image is not available

Ryzal juga menjelaskan bahawa dia memahami adab menjaga mushaf dan sudah biasa berkongsi membaca bersama isteri menggunakan rehal.

Namun, apabila berlaku situasi di luar jangkaan, dia mengaku tersilap meletakkannya sementara mencari rehal lain.

Seandainya itu mengguriskan hati ramai, maafkan insan lemah ini.

Beliau turut menyeru agar teguran dibuat dengan cara baik dan bukan melalui cacian atau kata kesat.

Pssttt! Ryzal tak sengaja dan dia dah pun minta maaf. Janganlah kecam lagi ya guys. Sekurang-kurangnya Ryzal sentiasa membaca al-Quran dengan keluarganya. Itu wajar dijadikan contoh yang baik.

Kredit: Instagram Ryzal Ibrahim
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.