Mimpi jadi kenyataan! Neelofa berjaya kuasai bahasa Arab, baca al-Quran seperti buku cerita

LocalEntertainment
26 Jun 2025 • 5:01 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa terus mencuri perhatian apabila berkongsi perkembangan terbaharunya dalam usaha menguasai bahasa Arab demi memahami al-Quran dengan lebih mendalam.

Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Neelofa mendedahkan bahawa impian untuk memahami kandungan al-Quran dalam bahasa asalnya sudah lama tersimpan dalam hati, namun pelbagai cabaran pernah menjadi penghalang.

“Macam mimpi jadi kenyataan, dari dulu selalu doa nak kuasai bahasa Arab untuk faham al-Quran, nak baca al-Quran macam baca buku cerita,” katanya.

image is not available

Neelofa berjaya kuasai bahasa Arab

Menurut isteri kepada pendakwah selebriti Haris Ismail atau PU Riz itu, beliau pernah beberapa kali mengikuti kelas bahasa Arab namun gagal meneruskan kerana kekangan masa, rasa sukar dan cabaran pemikiran.

“Dah cuba banyak kali ambil kelas namun, separuh jalan sebab susah, mindset (pemikiran) dan sibuk. Tapi masih doa terutama malam-malam mustajab berdoa walaupun harapan itu nipis saja dalam hati cuma yakin Allah dengar,”kongsinya.

image is not available

Bagaimanapun, Neelofa kini berjaya menghabiskan sehingga bab ke-10 dalam buku pertama, sesuatu yang tidak pernah disangkakannya sebelum ini.

Beliau turut memohon agar diberikan kefahaman dan kemudahan dalam menguasai bahasa tersebut sepenuhnya suatu hari nanti.

image is not available

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai, khususnya dalam kalangan wanita berhijrah yang menjadikan Neelofa sebagai inspirasi sejak penampilannya berubah secara drastik pada Oktober 2020 apabila memilih untuk berhijab dan kemudian berniqab demi mencari reda Ilahi.

Sumber: Utusan Online (Fatin Nurain Mustafa Kamal)