“Anak umur 5 hingga 11 tahun” – Tidur Di Kaki Lima, 7 Beranak Hampir Sebulan Jadi Gelandangan

Entertainment
22 Mar 2024 • 11:12 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Dugaan hidup ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan kita perlu sentiasa tabah serta tempuhinya dengan penuh kesabaran.

Baru-baru ini, lima kanak-kanak berusia tiga hingga 11 tahun terpaksa menjalani hidup sebagai gelandangan dengan tinggal di merata tempat sejak hampir tiga minggu lalu.

 

Menurut laporan Harian Metro, kanak-kanak itu serta ibu bapanya terpaksa tinggal di rumah saudara serta berteduh di kaki lima kedai-kedai berdekatan.

Situasi sukar dihadapi keluarga itu dikongsi Pasukan Operasi Agihan Daerah Hulu Langat Lembaga Zakat Selangor yang menjalankan tinjauan dan operasi bagi menjejaki keluarga berkenaan di sekitar Bandar Baru Bangi di Selangor.

“Hari kedua berpuasa, sebuah keluarga diadukan bergelandangan di sekitar Bandar Baru Bangi. Rata-rata hanya mampu melihat dan sedikit simpati dengan menghulurkan seringgit dua untuk mengalas perut.

Tak dapat dibayangkan, hampir tiga minggu anak seusia tiga tahun ke 11 tahun hidup berpindah randah. Dari rumah saudara ke kaki lima kedai.

(Jika) ada sumbangan orang ramai, kenalah di hotel bajet. Semuanya demi anak-anak,” katanya.

Difahamkan, pihak Lembaga Zakat Selangor juga sudah mendaftarkan keluarga sebagai asnaf sementara, bagi mengurangkan masalah yang dihadapi mereka.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.