ANALISIS | Pemuda DAP betul - Mat Hasan berkemungkinan besar "musuh dalam selimut" dalam Kerajaan Perpaduan

Opinion
8 May 2026 • 5:00 PM MYT
TheRealNehruism
TheRealNehruism

An award-winning Newswav creator, Bebas News columnist & ex-FMT columnist.

Image from: ANALISIS | Pemuda DAP betul - Mat Hasan berkemungkinan besar "musuh dalam selimut" dalam Kerajaan Perpaduan
Kredit : Malay Mail

Pemuda DAP mahu Mat Hasan atau lebih dikenali mesra sebagai Tok Mat, dipecat. Mereka menuduhnya sebagai musuh dalam selimut yang cuba memutuskan hubungan antara PH dan BN, walaupun PH telah memberi ganjaran yang lumayan kepadanya, dengan menjadikannya Menteri Luar Negeri, walaupun dia tidak banyak memberi sumbangan kepada kejayaan kerajaan perpaduan.

Kerana kurang penghargaan dan pengkhianatannya, mereka mahu kerajaan memecatnya daripada jawatannya sebagai menteri Luar Negeri.

Saya fikir Pemuda DAP betul - saya fikir Tok Matmemang mungkin seorang musuh dalam selimut seperti yang mereka sangka.

Tok Mat sebelum ini pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan sebelum dia bertukar menjadi menteri persekutuan.

Beliau pertama kali berkhidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan pada tahun 2004. Ketika itu, dia berjaya naik ke tampuk pemerintahan Negeri Sembilan setelah BN menang besar pada PRU 11, dengan memenangi 34 daripada 36 kerusi Negeri Sembilan yang dipertandingkan.

Pada tahun 2008, walaupun prestasi BN di bawah Pak Lah menjunam teruk di seluruh negara, Negeri Sembilan di bawah Tok Mat masih berjaya memenangi 21 daripada 36 kerusi.

Pada tahun 2013, Tok Mat juga berjaya menambah baik sedikit prestasi BN Negeri Sembilan, dengan memenangi satu lagi kerusi untuk menjadikan jumlah kerusi BN di Negeri Sembilan menjadi 22.

Pada tahun 2018, walaupun Tok Mat berjaya memenangi kerusinya di Rantau, di bawah kepimpinannya, BN tewas di Negeri Sembilan buat kali pertama dalam sejarah, selepas hanya memenangi 16 kerusi, manakala PH memenangi 20.

Untuk 4 tahun seterusnya,Tok Mat akan bertugas sebagai ketua pembangkang, dan bukan lagi ketua kerajaan di Negeri Sembilan.

Pada tahun 2022,Tok Mat meninggalkan kerusi DUNnya untuk bertanding di kerusi persekutuan. BN juga berprestasi buruk di Negeri Sembilan pada tahun itu, apabila ia hanya berjaya memenangi 14 kerusi.

Sebahagian besar sebab BN kalah pada tahun 2022 adalah kerana PN. PN telah memenangi 5 kerusi, dan sebahagian besarnya kerusi yang dimenanginya adalah kerusi BN. Sekiranya PRU 15 melihatkan pertarungan satu lawan satu antara PH dan BN, BN mungkin boleh kembali memerintah Negeri Sembilan, dengan memperoleh bilangan minimum 19 kerusi. Walau bagaimanapun, penyertaan PN dalam persaingan ini telah menyebabkan BN kerugian yang besar.

Dengan penyertaan PN dalam politik Negeri Sembilan, nampaknya BN tidak akan dapat merampas Negeri Sembilan daripada PH lagi, sekurang-kurangnya dalam masa yang terdekat ini.

Satu-satunya cara BN dapat merampas kembali Negeri Sembilan adalah jika BN dapat mencari jalan untuk berkerjasama dengan PN.

Selagi BN berkerjasama dengan PH, BN akan sentiasa memainkan peranan sebagai orang kedua dalam kerjasama itu, kerana PH kemungkinan akan memperoleh 17 atau 18 kerusi, manakala BN hanya akan memperoleh sekitar 14 atau 15, dengan baki 3 hingga 5 kerusi pergi kepada PN.

Namun, jika BN membentuk pakatan dengan PN, ia boleh menjadi menjadi rakan kongsi yang dominan, dan juga membaik peluangnya untuk merampas kembali Negeri Sembilan ke tangannnya.

Sampai sekarang,Tok Mat mungkin masih tidak boleh menerima kehilangan Negeri Sembilan di bawah pemerintahannya.

Dia mempunyai sebab yang kuat untuk percaya bahawa kehilangan Negeri Sembilan bukanlah disebabkan kesalahannya, kerana dia sebenarnya seorang Menteri Besar yang popular semasa dia memerintah, dan kemungkinan besar dia kalah pada tahun 2018, kerana orang ramai menolak Najib di peringkat kebangsaan, bukan menolak dia di peringkat negeri.

Kekalahan BN di Negeri Sembilan pada tahun 2022 juga mungkin lebih disebabkan oleh tindakan Zahid Hamidi dan bukannya Tok Mat. Sekiranya Zahid Hamidi tidak tergesa-gesa memasuki pilihan raya 2022, dan memilih tarikh membubarkan parlimen dengan lebih baik, ada kemungkinan BN boleh merampas kembali Negeri Sembilan pada PRU 15.

WalaupunTok Mat secara peribadi tidak pernah kehilangan kerusi yang ditandinginya, sama ada kerusi itu adalah kerusi negeri atau kerusi persekutuan, hakikat bahawa Negeri Sembilan telah kalah dan tidak pernah dirampas semula di bawah pemerintahannya merendahkan kebesarannya.

Dia mungkin seorang menteri persekutuan dan orang nombor 2 Umno, tetapi dia menjadi menteri dan orang nombor 2 Umno dalam keadaan tewas, dan bukannya sebagai seorang juara. Ini adalah satu perbezaanyang amat besar.

Krisis di Negeri Sembilan hari ini mungkin memberi satu-satunya peluang untukTok Mat merampas kembali Negeri Sembilan.

Zahid Hamidi mungkin mahu Umno mengekalkan pakatannya dengan PH di peringkat persekutuan, tetapi jikalau Mat Hasn mengikuti arahan Zahid, dia tidak akan meraih apa-apa manfaat buat dirinya dan juga buat Umno Negeri Sembilan.

Mengikut hasrat Zahid, dengan kata lain, tidak akan memberikan peluang kepadaUmno Negeri Sembilan untuk merampas kembali Negeri Sembilan daripada PH, dan ia juga tidak akan membuka jalan untuk Tok Matberkhidmat sebagai menteri persekutuan dan dan juga pemimpin utama Umno sebagai seorang juara.

Jadi, dengan itu, saya percaya bahawa Pemuda Dap betul - Tok Mat kemungkinan besar adalah musuh dalam selimut, yang sekarang ini sedang cuba untuk memutuskan kerjasama BN dengan PH untuk bekerjasama dengan PN.

Tetapi bagaimana Umno akan dapat bekerjasama dengan PN di peringkat negeri sambil menentang mereka di peringkat persekutuan, atau bekerjasama dengan PH di peringkat persekutuan sambil menjadikan mereka sebagai lawan di peringkat negeri, itu kita tidak tahu.

Kebuntuan ini berkumungkian akan membawa kemudaratan kepada hubangan dalaman Umno dan juga hubungan luarnya dengak Pakatan Harapan, sekiranya berpanjangan.

Apa yang pasti ialah kemelut di Negeri Sembilan ini adalah kemelut besar, yang bukan sahaja memudaratkan Institusi Raja dan kerajaan Negeri Sembilan, tapi juga berpotensi untuk membawa musibah kepada hubungan DAP, PKR dengan Umno dalam kerajaan perpaduan, dan juga melancarkan perang saudara di dalam Umno.

Walau apa pun, saya percaya bahawa Pemuda DAP betul -Tok Mat kemungkinan besar musuh dalam selimut dalam kerajaan perpaduan sekarang. Dia adalah musuh dalam selimut, kerana sememangnya logik untuk dia bekerja menentang pakatan PH-BN, dan berusaha ke arah pakatan BN-PN, kerana di situlah terletaknya kepentingan dirinya dan Umno Negeri Sembilan.

Mari lah kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku seterusnya.


TheRealNehruism (nehru.sathiamoorthy@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.