Ananda Krishnan Meninggal Dunia

28 Nov 2024 • 3:02 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Mendiang Tan Sri T. Ananda Krishnan

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan terkemuka, Tan Sri T. Ananda Krishnan disahkan meninggal dunia hari ini. 

Mendiang berusia 86 tahun.

Kematian Ananda disahkan jurucakap syarikat pegangan pelaburan Malaysia, Usaha Tegas Sdn Bhd.

“Dengan penuh rasa sedih, kami ingin memaklumkan bahawa Pengerusi Syarikat, Ananda Krishnan Tatparanandam telah meninggal dunia hari ini. 

“Jasa dan sumbangan mendiang meninggalkan impak yang amat besar kepada dunia korporat dan pembangunan negara,” katanya.

Menurut jurucakap tersebut, orang ramai juga diminta menghormati permintaan  keluarga mendiang yang mahu diberikan ruang untuk melalui waktu menyedihkan itu ketika ini. 

Mendiang Ananda yang menduduki senarai ketiga individu terkaya di Malaysia adalah pengasas gergasi telekomunikasi, Maxis Communications. 

Melalui Usaha Tegas, mendiang mengukuhkan pegangan dalam beberapa konglomerat lain termasuk Astro Malaysia Holdings dan Bumi Armada Berhad. 

Ananda meninggalkan seorang isteri dan tiga anak. -Getaran, 28 November 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved