Ancam Keselamatan Pengguna Jalan Raya, Netizen Saran Lembu ‘Terbiar’ Dijadikan Makanan Di Zoo

Environment
12 Oct 2022 • 5:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Min percaya, setiap daripada kita yang memandu atau menunggang motosikal pasti pernah berhadapan dengan situasi yang mana kita perlu perlahankan kenderaan secara mengejut gara-gara haiwan ternakan di atas jalan.

Isu haiwan ternakan yang berkeliaran ini bukanlah perkara baharu dan sehingga kini menjadi ancaman kepada pengguna jalan raya dan ada antaranya menyebabkan kemalangan maut.

Walaupun kini ianya mungkin sedikit terkawal dengan tindakan penguatkuasaan serta kesedaran segelintir penternak, situasi yang sekian lama berlaku ini menyebabkan sesetengah netizen mencadangkan agar haiwan ternakan ini diberikan kepada zoo.

image is not available

Lembu, kerbau dan kambing yang dilepas bebas dan memasuki jalan raya ini perlu dicadangkan supaya ditangkap, tetapi bukan untuk dilelong sebaliknya diberikan percuma kepada pihak zoo untuk dijadikan makanan haiwan lain seperti harimau atau singa.

Mungkin cadangan tersebut kedengaran lucu dan mustahil untuk dilaksanakan, ianya jelas menggambarkan kekecewaan dan kemarahan pengguna jalan raya terhadap segelintir penternak yang bersikap sambil lewa lebih-lebih lagi ianya melibatkan keselamatan orang lain.

Umum sedia maklum bahawa kos pengurusan zoo semakin tinggi terutamanya perbelanjaan makanan haiwan di sana, jadi ada baiknya sekiranya cadangan tersebut dipertimbangkan.

image is not available

Menurut laporan Sinar Harian, perkara tersebut pastinya akan ‘meringankan’ tugasan Jabatan Veterinar juga tidak perlu menyimpan ternakan yang ditangkap dan tidak lagi perlu mengadakan sesi lelongan sekiranya pemilik tidak tampil menuntut.

Dalam masa yang sama, satu pasukan khas perlu diwujudkan untuk menangkap haiwan ternakan yang dilepas bebas ini supaya penternak lebih gerun dan akan lebih bertanggungjawab.

Pastinya, saranan itu lebih baik jika nak dibandingkan dengan nilai nyawa yang terkorban serta kos baik pulih kerosakan kenderaan yang perlu ditanggung pengguna jalan raya sekiranya terlanggar haiwan yang berkeliaran ini.

Sumber : Sinar Harian

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.