Ancam musnah tamadun 3,000 tahun tindakan tidak bertamadun – Tun M

PoliticsOpinion
13 Apr 2026 • 5:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tun Dr Mahathir

SHAH ALAM – Ancaman untuk memusnahkan sepenuhnya tamadun berusia 3,000 tahun disifatkan sebagai tindakan tidak bertamadun dan mencerminkan kualiti rendah pihak yang mengeluarkan kenyataan itu.

Menurut bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, buat pertama kali dalam sejarah manusia, dunia menyaksikan ancaman untuk memusnahkan keseluruhan sebuah tamadun yang telah wujud selama ribuan tahun.

Ujarnya, ancaman itu pula dibuat oleh sebuah tamadun moden yang hanya berusia kira-kira 300 tahun, sekali gus memperlihatkan tahap pemikiran dan nilai masyarakat yang mengemukakan cadangan berkenaan.

Beliau menegaskan bahawa dalam sejarah peradaban manusia, sentiasa wujud budaya menghormati dan memelihara tamadun lama, bukan memusnahkannya.

“Perkara yang lama sepatutnya dipelihara. Pemusnahan tinggalan sejarah mencerminkan kualiti rendah sesuatu tamadun,” ujarnya dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Isnin.

Dr Mahathir berkata, cadangan untuk memusnahkan sepenuhnya tamadun berusia 3,000 tahun jelas menunjukkan tahap ketamadunan yang rendah dalam kalangan pihak yang mengusulkannya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ancaman yang dikaitkan dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump itu turut memperlihatkan tahap sebenar ketamadunan pihak berkenaan.

“Jelas, mereka sebenarnya adalah golongan yang tidak bertamadun,” tambahnya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved