
KUALA LUMPUR - Asnida Daim, anak kepada bekas Menteri Kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan tidak mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pengisytiharan pegangan saham dalam lima syarikat.
Tertuduh berusia 60 tahun itu bagaimanapun menafikan pertuduhan sebaik ia dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.
“Minta bicara,” katanya.
Mengikut kertas pertuduhan, Asnida didakwa dengan sengaja memberikan pernyataan bertulis bersumpah yang tidak mematuhi terma notis di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009 [Akta 694] bertarikh 8 November 2023. Notis berkenaan diserahkan kepadanya oleh seorang pegawai SPRM berpangkat Pesuruhjaya atau lebih tinggi pada 14 November 2023.
Kegagalan itu merujuk kepada tindakan tidak mengisytiharkan pegangan saham dalam lima syarikat iaitu Amiraz Sdn Bhd, Arida Farms Sdn Bhd, Kangkung Catering Sdn Bhd, Transgrade Sdn Bhd dan Gajah3 Foods Sdn Bhd.
Kesalahan tersebut didakwa berlaku di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada 13 Disember 2023. Jika sabit kesalahan, Asnida boleh dihukum di bawah Seksyen 36(2) Akta SPRM yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda maksimum RM100,000.
BERITA LANJUT MENYUSUL
The post Asnida Daim mengaku tidak bersalah, gagal isytihar saham 5 syarikat appeared first on Scoop.


