Anchor Dijenamakan Semula Sebagai Spotify Creator Studio

TechnologyDigital
21 Dec 2022 • 1:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Spotify kini bukan lagi platform penstriman muzik yang semua kenal. Ia adalah platform penstriman audio yang menawarkan ribuan muzik, buku audio, podisar serta video podsiar. Malah dalam Spotify Wrapped turut menyertakan rumusan podsiar yang pengguna dengarkan.

Usaha fokus kepada Spotify ini menjadi semakin serius selepas Spotify mengambil-alih Anchor pada tahun 2019. Kini selepas tiga tahun dan melihat kejayaan, Anchor telah dijenamakan semula kepada Spotify Creator Studio.

image is not available

Menurut TechCrunh, terdapat pencipta kandungan mula menerima tinjauan menyatakan Anchor and Spotify for Podcasters akan digelar sebagai Spotify Creator Studio. Creator Studio ini akan menjadi hab untuk pencipta kandungan rakam podsiar, berinteraksi bersama pendengar, melihat status akaun seperti jumlah pendengar, boleh terbit kandungan ke platform penstriman podsiar lain, melihat dan menjana pendapatan dan banyak lagi.

image is not available

Spotify Creator Studio turut akan menawarkan ciri Unhosted untuk pantau prestasi serta berinteraksi dengan pendengar untuk kandungan yang disiarkan di platform lain. Sementara Hosted adalah Anchor yang sedia ada di bawah nama baharu.