BKM & Anwar Ibrahim Ungguli Carian Google Malaysia Untuk Tahun 2022

Entertainment
9 Dec 2022 • 6:15 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setiap akhir tahun, pasti kita ingin recap atau imbas semula apa yang berlaku pada tahun itu, malah kebelakangan ini banyak aplikasi dan platform penstriman yang merangkulkan aktiviti kita dalam tahun berkenaan.

Sama juga seperti enjin carian Google, laman sesawang itu telah mengeluarkan data carian paling sohor kini sepanjang tahun 2022 di Malaysia.

image is not available

Menurut laporan Astro AWANI, Google Malaysia menyatakan susulan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November, rakyat ingin mengetahui perkembangan politik semasa dan disebabkan itu, antara yang paling dicari oleh rakyat Malaysia menerusi carian ‘MySPR Semak’, ‘Keputusan PRU15’, dan ‘MyUndi’ tergolong dalam senarai carian 10 teratas.

image is not available

Bukan itu sahaja, tahun 2022 juga menyaksikan banyak nama-nama penting dari pelbagai industri, termasuklah artis-artis serta personaliti terkenal yang terpalit dengan kontroversi dalam senarai tersebut.

image is not available

Selain itu, pemergian permaisuri England iaitu Queen Elizabeth II turut mempengaruhi senarai tersebut untuk kategori ‘dalam ingatan’, malah ramai juga pemergian nama-nama besar yang menjadi carian dalam Google seperti penyanyi ternama Allahyarhamah Adibah Noor serta kematian pelakon muda, Syazlin Zainal.

Ha, korang Google apa tahun ni?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.