Anda Kini Akhirnya Boleh Menterbalikkan Imej Pada Google Photos

TechnologyDigital
31 Jan 2025 • 9:26 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ini mungkin satu perkara yang mengejutkan untuk semua. Google Photos akhirnya bermula minggu ini baru mengedarkan sokongan untuk menterbalikkan imej. Ya, ciri asas yang sudah lama tersedia dalam banyak aplikasi suntingan gambar – baru tahun ini 2025 diperkenalkan pada Google Photos.

image is not available

Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya. Untuk menterbalikkan imej, anda perlu pilih mana-mana imej (video tidak disokong, imej dengan kesan Live boleh), tekan ikon sunting, pilih pangkas (crop) dan tekan ikon flip.

Kini anda tidak lagi memerlukan banyak aplikasi suntingan imej pada peranti Android. Akan datang, Google Photos akan menjadi hab setempat untuk koleksi imej anda, baik untuk simpanan di awanan atau juga tempat untuk melakukan suntingan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved