
Aktivis, Tamim Dahri dilihat tampil memberikan reaksi terhadap satu kiriman di platform Threads yang menyentuh isu tular yang melibatkan dirinya.
Melalui perkongsian semula (repost) daripada akaun seorang pengguna, Tamim memuat naik semula hantaran tersebut dengan kapsyen “Anda yakin saya berada di Selatan Thai?” bersama tanda pagar #catchmeifyoucan.
Hantaran itu dibuat kira-kira 16 jam lalu melalui akaun Threads miliknya yang disahkan.
Perkongsian berkenaan turut memaparkan poster ‘Wanted’ yang menyenaraikan nama Tamim Dahri sebagai individu yang dikehendaki. Poster itu turut menyatakan lokasi terakhir sebagai Malaysia serta tarikh kejadian pada 11 Mac 2026.
“Kalau polis tak dapat cari, kita rakyat tolong polis cari dan bagi kepada polis,” katanya.
Pada bahagian perihalan poster, terdapat dakwaan bahawa individu berkenaan ‘hanya alih besi tajam, berkarat’.

Baca juga:
JPJ guna dron pantau kesalahan trafik
Tradisi unik nenek beri duit raya, cucu kena mengaji dulu baru dapat
Jualan Pertama vivo V70 Dah Bermula, Ini Ganjaran Eksklusif Untuk Pembeli Awal
Terdahulu, polis mengesahkan penceramah bebas Zamri Vinoth dan aktivis Tamim Dahri dipercayai melarikan diri ke Thailand ketika siasatan terhadap mereka berhubung beberapa kes berasingan sedang dijalankan.
Namun begitu, kedua-dua individu berkenaan dikesan keluar dari negara ini melalui laluan sah ke Thailand.
The post ‘Anda yakin saya berada di Selatan Thai?’ – Tamim Dahri appeared first on The Reporter.
