Andi Bernadee Tak Kisah Guna Baju Raya Recycle - “Kita Lelaki, Pakai Apa Pun Kadang Orang Tak Perasan”

1 Apr 2025 • 4:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi, Andi Bernadee tidak mempunyai masalah sekiranya dia memilih untuk memakai baju raya tahun-tahun sebelumnya.
 

Tak kisah ulang baju raya

Menurut Andi, tiada salahnya untuk diulang pakai selagi baju itu berada dalam keadaan baik dan sempurna.

“Saya tak ada beli baju-baju baru, pakai yang recyle pun saya okay sahaja asalkan masih dalam keadaan baik.

“Kita orang lelaki, pakai lah apa-apa sekali pun orang tak perasan tetapi lain pula kesnya kalau perempuan, orang akan perasan,” kongsinya kepada Gempak.

 

 

 

Andi berkata demikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama anak yatim dengan kerjasama Universal Music yang diadakan di Hotel Le Meridien, Petaling Jaya baru-baru ini.

 

Muncul dengan lagu raya solo

Mengulas mengenai Aidilfitri, Andi berkata tahun ini dia muncul dengan lagu raya secara solo berjudul 'Inikan Hari Raya'.

“Kali ini saya memilih untuk pergi ke arah tradisional terlebih dahulu sebab sebelum ini saya banyak buat lagu genre pop.

“Tahun ini saya mahukan lagu yang lebih santai dan saya ingin semua pendengar nikmati serta menghayati lagu ini. 

“Selain suasana ceria Aidilfitri, lagu ini juga mengandungi unsur-unsur nasihat,” ujarnya.

Lirik ‘Inikan Hari Raya’ ditulis sendiri oleh Andi dan merupakan lagu ciptaan Hanis Rafi, Firdaus Rahmat dan Omar K.

Lagu ‘Inikan Hari Raya’ menggambarkan suasana satu keluarga yang pulang ke kampung halaman serta pelbagai peristiwa yang terjadi dalam persiapan menyambut Aidilfitri.