Cik B Akui Tak Dapat Duit Raya, Hairan Orang Takut Nak Bagi - “Kalau RM2 Ke RM3 Pun Saya Terima, Janji Beri Dengan Ikhlas”

1 Apr 2025 • 7:53 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Personaliti media sosial, Cik B mendedahkan sudah tidak menerima pemberian duit raya mahupun apa-apa barangan seperti remaja lain.
 

Tak kisah jumlah, terima seadanya

Menurut Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 20, mungkin statusnya sebagai anak seorang usahawan menyebabkan ramai yang berasa was-was untuk memberikan duit raya kerana bimbang jumlahnya tidak memadai.

“Selalunya saya tidak dapat duit raya atau apa-apa hadiah, mungkin sebab orang takut nak bagi pada saya.

“Mereka takut tak cukup, padahal saya terima sahaja pemberian orang tidak kira berapa pun amaun duit tersebut.

 

“Kalau duit raya itu RM2 ke atau RM3 pun saya tak kisah, asalkan pemberian tersebut ikhlas dan saya dapat merasai momen salam tangan, cium tangan dan juga sampul raya,” katanya kepada Gempak.

 

 

 

 

Pernah dapat duit raya ketika di Brunei

Dalam pada itu, Cik B yang juga merupakan anak usahawan terkenal, Datuk Seri Vida itu juga mengakui berasa teruja apabila pernah menerima duit raya daripada rakyat Brunei.

“Saya pernah pergi Brunei dan semasa tengah bersahur tiba-tiba ada orang beri saya duit raya, baru hari pertama puasa.

“Ketika saya tengah makan, mereka datang dan bagi 10 hingga 20 dollar Brunei (RM33-RM66) dah macam banyaklah juga.

“Orang beri saya terima sahaja. Alhamdulillah, terima kasih sebab orang masih ingat nak beri duit raya pada saya,” kongsinya.

 

Terdahulu, Cik B sebelum ini pernah mendedahkan tidak dapat duit raya daripada saudara maranya disebabkan kekayaan dimiliki ibunya.