Andika Putera bergaya ‘old money’ ke bazar Ramadan, netizen tanya tak panas ke?

21 Mar 2025 • 9:05 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Andika Putera bergaya

Kehadiran pempengaruh sensasi, Andika Putera bergaya ‘old money’ ke bazar Ramadan telah mencuri perhatian netizen di media sosial apabila dia dilihat tampil memakai sut sambil menbawa beg seakan-akan baru pulang dari pejabat.

Video tersebut telah dikongsikan seorang pengguna TikTok dikenali sebagai hotcatchstuff apabila merakam kelibat Andika dan isterinya yang sedang berjalan di bazar dipercayai sedang mencari juadah berbuka puasa.

@hotcatchstuff

abang old money, tak panas ke ?

♬ AURA - Ogryzek

Andika Putera bergaya old money ke bazar

Dalam hantaran tersebut, pengguna TikTok berkenaan meninggalkan kapsyen bertanya kepada pempengaruh itu sama ada dia berasa panas atau tidak memakai sut lengkap di lokasi yang sememangnya padat dengan pengunjung.

image is not available

Andika Putera bergaya old money, bersut lengkap jalan dengan isteri

Dapat dilihat Andika berjalan sambil membawa beberapa beg plastik juadah yang sudah dibeli sambil membawa sebuah beg kerja yang agak besar.

Manakala, seorang wanita dipercayai isterinya berjalan disebelah sambil memakai pelitup muka.

image is not available

Tak panas ke pakai macam tu ke bazar?

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai komen daripada netizen di media sosial yang kebanyakkannya ‘prihatin’ dengan pempengaruh itu kerana menyedari lokasi tersebut cukup berbahang lebih-lebih lagi dengan suasana terik serta dapur masakan dari gerai-gerai peniaga.

Mereka juga tertanya-tanya sama ada Andika berasa panas atau pun tidak memakai pakaian sebegitu demi memastikan gaya ‘old money’ terus terjaga.

image is not available

Biar panas asal bergaya mungkin

image is not available

Ni bazar Ramadan bang, bukan Amsterdam

image is not available

 

Apa-apa pun, mungkin dia sudah selesa dengan cara pemakaian tersebut kerana menjadi rutin harian bergaya sebegitu.

Sumber: TikTok hotcatchstuff