“Macam Hingus Dah Ni..” – Wanita Kesal, Peniaga Bazar Jual Tau Fu Fa Berlendir & Nasi Kerabu RM16 Basi

LocalFood
20 Mar 2025 • 11:48 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui platform TikTok, baru-baru ini, seorang individu wanita meluahkan rasa kecewa selepas membeli juadah di bazar Ramadan.

Tekstur sudah berlendiri, kembang tekak!

Dapat dilihat dalam hantaran video yang dimuat naik, wanita itu telah membeli tau fu fa di sebuah bazar Ramadan berhampiran SACC Mall, Shah Alam.

Menurut individu berkenaan, tau fu fa yang dibeli bukan saja tidak menyelerakan, bahkan tekstur makanan itu juga berlendir dan membuatkan dirinya kembang tekak apabila melihat.

Dalam pada itu, dia turut mendakwa nasi kerabu berharga RM16 yang dibeli di bazar Ramadan berkenaan juga sudah basi.

image is not available

image is not available

Sampai hati kau kak scam aku. Sudahlah aku teringin nak makan taufufa. Ini dah macam hingus dah aku tengok.

Netizen minta lokasi gerai didedahkan

Meninjau di ruangan komen posting tersebut, rata-rata netizen meminta agar lokasi gerai-gerai yang menjual juadah tersebut didedahkan agar pengunjung akan lebih berhati-hati.

image is not available

image is not available 4 hours ago

Individu Sediakan Baju Melayu Terpakai Secara Percuma Raih Pujian Netizen - “Semoga Tuhan Angkat Darjat & Luaskan Rezeki..”