Android 13 kini tersedia untuk ROG Phone 6/6 Pro, anda boleh muat turun sekarang

Digital
22 Feb 2023 • 3:29 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Berita baik buat pengguna Asus ROG Phone 6/6 Pro. Pengeluar telefon tersebut telah mula mengedarkan kemas kini Android 13 kepada dua produk tersebut. Kemas kini akan diedarkan secara berfasa dan anda boleh periksa bahagian Setting telefon anda sekiranya kemas kini sudah tersedia. Perlu diingatkan yang ini adalah untuk pengguna ROG Phone 6/6 Pro sahaja dan bukannya ROG Phone 6D.

image is not available

Selain naik taraf versi Android, ada beberapa perubahan yang juga dibawakan Asus pada sistem operasi Asus ROG Phone 6/6 Pro seperti:

  • Rekaan ROG UI baharu
  • Pembaharuan pada aplikasi seperti Mobile Manager, Contacts, Phone, Emergency Dialer, File Manager, Calculator, Clock, Gallery, Weather, Sound Recorder, Settings, Data Transfer, Local backup, Armoury Crate, Game Genie, dan banyak lagi.
  • Kod QR boleh diimbas terus daripada aplikasi kamera bila dilancarkan sewaktu telefon dalam keadaan terkunci.

image is not available

Sekiranya anda tak sabar menantikan kemas kini OTA tiba ke telefon, anda boleh lakukan naik taraf secara manual berdasarkan tutorial yang digariskan pihak Asus sendiri. Proses tersebut memerlukan anda untuk muat turun fail kemas kini, salin masuknya ke dalam telefon anda, dan mengarahkan telefon melakukan kemas kini menggunakan fail yang anda telah salin masuk.

Buat anda yang berminat untuk dapatkan ROG Phone 6, berikut adalah harganya dalam pasaran kita:

  • ROG Phone 6 (RAM 12GB + Storan 256GB)  RM3,599
  • ROG Phone 6 (RAM 16GB + Storan 512GB)  RM4,399
  • ROG Phone 6 Pro (RAM 18GB + Storan 512GB) RM4,999
  • ROG Phone 6D (RAM 12GB + Storan 256GB)  RM3,499
  • ROG Phone 6D Ultimate (RAM 16GB + Storan 512GB)  RM4,999

Sumber: Asus