Versi sistem operasi terbaru Android adalah Android 16 yang telah diperkenalkan pada tahun 2025 lepas. Ia ditawarkan pada sejumlah peranti baharu di pasaran, selain turut telah mula ditawarkan sebagai kemaskini untuk peranti-peranti sebelumnya.
Mengikut data terbaru yang dikeluarkan oleh Google, ia dilihat Android 16 kini digunakan pada hanya 7.5% peranti seluruh dunia.

Android 15 dilihat digunakan dengan paling banyak, meliputi 19.3% peranti, sementara Android 14 pada 17.2% peranti dan Android 13 pada 13.9% peranti. Android 10 dilihat masih mempunyai penggunaan lebih tinggi berbanding Android 16, iaitu meliputi 7.8% peranti.
Seperti ramai sedia maklum, pelbagai pengeluar masih tidak menawarkan kemaskini sistem operasi berkala kepada peranti mereka, membuatkan sejumlah peranti tidak menerima kemaskini. Antara yang telah mula memfokuskan penawaran kemaskini adalah termasuk Samsung, Oppo, OnePlus, Nothing dan Google sendiri melalui Pixel.
Dengan lebih banyak peranti baharu menjanjikan sokongan kemaskini sehingga tiga tahun ke lima tahun, kita mungkin melihat pada perubahan angka penggunaan Android terkini ini dalam tahun-tahun akan datang.





