UpScrolled Kini Mempunyai Lebih 2.5 Juta Pengguna

LocalTechnology
2 Feb 2026 • 11:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Salah satu platform sosial yang menerima perhatian ramai kebelakangan ini adalah UpScrolled. Ia menawarkan pengalaman penggunaan seumpama Instagram, disamping turut memudahkan pengguna berkongsi seperti di X.

image is not available

Ia telah ditawarkan pada Jun 2025 yang lepas, dan sehingga awal Januari 2026, ia mempunyai sekitar 150,000 pengguna berdaftar. Namun, sejak TikTok di Amerika Syarikat beralih pegangan kepada milikan syarikat berpusat di negara barat tersebut, ramai pengguna mengambil langkah untuk beralih platform, dan salah satu yang dituju adalah UpScrolled.

Berkongsi mengenai pengguna semasa, UpScrolled dikatakan kini mempunyai lebih 2.5 juta pengguna yang telah berdaftar di platform tersebut.

image is not available
CEO UpScrolled, Issam Hijazi

UpScrolled turut mengatakan akan menambah ahli pasukan dalam terus menambah-baik panduan penggunaan platform tersebut. Pada hari ini, pelbagai kandungan diterbitkan melalui platform tersebut, dan tidak ditapis.

Dengan perkembangan ini, UpScrolled dilihat perlu memperkenalkan pelbagai ciri-ciri baharu setara platform terkemuka lain dalam memastikan pengguna kekal menggunakan platfrom berkenaan.

Bagi anda sendiri, adakah anda telah mendaftar akaun UpScrolled?