
PETALING JAYA – Seorang pengguna media sosial mendakwa menjadi mangsa kecurian apabila beberapa aksesori di dalam keretanya hilang ketika diletakkan di kawasam parkir Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berhampiran Mentari Court, di sini.
Menerusi hantaran di Threads, pengguna @mdiqwann meluahkan rasa kecewa selepas mendapati peranti hiburan (android player), kamera papan pemuka (dashcam) dan meter digital keretanya telah dicuri.
“Modus operandi dia, dia pecahkan satu lubang ini (tingkap kereta), dia masuk jari atau (guna) apa-apa alat, dia boleh tekan kunci (pintu) belakang. Aku tengok tadi pintu tak berkunci, sedangkan aku kunci semua.
“Betul tak ada duit pencuri ini, beli dadah ke apa nak curi benda murah,” katanya menerusi satu video dikongsikan. – KOSMO! ONLINE
The post Android player, dashcam kereta kena curi dekat parkir appeared first on Kosmo Online.






![[VIDEO] Murid SK Setia Alam bersorak bomba sampai, padam kelas terbakar](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-14-at-18.22.12-1024x768.jpeg)