Android, Search, Gmail, Chrome dan YouTube Mempunyai Lebih 3 Bilion Pengguna Sebulan

TechnologyDigital
20 May 2026 • 9:22 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google I/O 2026 dengan Google mengumumkan 5 produk mereka kini mempunyai lebih 3 bilion pengguna sebulan. Ia adalah Android, Search, Gmail, Chrome dan YouTube. Pencapaian yang menakjubkan kerana ia hampir separuh jumlah penduduk bumi.

Image from: Android, Search, Gmail, Chrome dan YouTube Mempunyai Lebih 3 Bilion Pengguna Sebulan

Turut diumumkan oleh Google ialah mereka kini mempunyai 13 produk yang mempunyai lebih 1 bilion pengguna bulanan.Ini adalah Android, Search, Gmail, Chrome, YouTube, Drive, Maps, Play Store, Calendar, Photos, Authenticator, Lens dan Messagges.

Image from: Android, Search, Gmail, Chrome dan YouTube Mempunyai Lebih 3 Bilion Pengguna Sebulan

Gemini kelak akan memasuki kumpulan 1 bilion pengguna dengan pada waktu ini ia mempunyai 900 juta pengguna bulanan. Ini adalah peningkatan lebih 100% kerana di Google I/O 2025 ia mempunyai 400 juta pengguna bulanan.

Ciri AI Overviews di Search sahaja mempunyai lebih 2.5 bilion pengguna bulanan sementara AI Mode diakses lebih 1 bilion pengguna sebulan. Akhir sekali Google turut mengatakan 50 billion telah dijana menggunakan model AI generatif Nano Banana setakat ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved