Anggap Baju Melayu Karya Istimewa, Rosyam Nor Pilih Bulan Bintang! Sentiasa ‘Excited’ Untuk Jadi Duta - “Anak Muda Yang Telah Berjuang…”

5 Feb 2025 • 10:50 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Datuk Rosyam Nor menganggap baju melayu merupakan satu rekaan dan karya istimewa yang melambangkan budaya melayu.


Bangga dengan rekaan baju melayu asli

Menurut Rosyam, masyarakat seharusnya berasa bangga dengan rekaan asli baju melayu dan tradisi pemakaian busana itu juga seharusnya dikekalkan.

“Saya menanti dari masa ke semasa untuk menjadi duta kepada produk baju melayu kerana saya menganggap baju melayu ini adalah satu ciptaan istimewa daripada karya karya orang orang terdahulu iaitu jubah melayu.

“Jubah melayu yang mana sekarang banyak ditinggalkan contohnya kalau kita lihat orang orang pergi umrah, setiap negara ada jubah mereka.

“Tapi orang melayu agak kehilangan identiti, kalau tengok orang Indonesia, mereka akan pakai baju batik mereka pergi umrah.

“Tapi orang melayu dia akan memakai jubah jubah daripada negara negara yang tak tentu mana, mungkin jubah tu daripada Mesir, Omad.

“Tapi sepatutnya orang melayu berbangga dengan jubah yang direka cipta oleh orang orang bijak pandai suatu ketika dulu iaitu seperti baju yang saya pakai ini ada lima butang melambangkan lima rukun islam,” katanya.

Rosyam berkata demikian ketika menghadiri sidang media Bulan Bintang Sedekad Menyinar yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre, pada Ahad.


Pilih jadi duta Bulan Bintang

Dalam pada itu, Rosyam mendedahkan dia mendapat beberapa tawaran untuk menjadi duta baju melayu namun memilih Bulan Bintang.

“Tahun lepas kita tengok ada banyak jenama-jenama baharu muncul di pasaran dan tahun ini ada beberapa jenama jugak yang melamar saya untuk menjadi duta.

“Jadi bila saya fikir-fikirkan saya harus mengambil satu jenama di mana kekuatannya ada pada anak muda.

“Anak muda yang telah berjuang setelah sekian lama iaitu sepuluh tahun, satu dekad di mana saya memilih jenama nombor satu, Bulan Bintang.

“Bulan Bintang telah melahirkan satu fesyen baju melayu yang moden dan juga yang lama… Yang klasik dibawa kembali seperti apa yang saya pakai ini ada pesak dan inilah sebenarnya baju melayu original orang melayu.

 

“Saya amat berbangga pada kali ini Bulan Bintang telah memilih saya sebagai duta dan saya berharap dengan kehadiran saya akan memberikan satu pencapaian yang begitu besar pada Bulan Bintang pada tahun ini, insya-Allah,” ujarnya.

 

 

 


Selain Rosyam, antara selebriti lain yang turut memperagakan koleksi baharu baju melayu untuk raya tahun ini adalah Zahiril Adzim, Datuk Remy Ishak, Shukri Yahya, Syafiq Kyle, Nadhir Nasar, Mierul AIman, Johan ‘Jojo’ Ghazali, Hannah Delisha dan ramai lagi.