Anggap Penuntut Macam Anak Sendiri, Uncle Jiva Setia Jadi Pak Guard Di Kolej Matrikulasi Pahang Selama 23 Tahun

30 Jun 2026 • 7:04 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, tular di media sosial gelagat dan aksi seorang pengawal keselamatan, L. Jivanesan sewaktu menjalankan tugas di Kolej Matrikulasi Pahang.

Apa yang menjadi perhatian adalah setiap video yang dihasilkan olehnya pasti mempunyai maklumat dan peringatan untuk dikongsikan khusus buat penuntut serta ibu bapa mereka.

Dah Jadi Pengawal Keselamatan Selama 23 Tahun, Tak Kisah Gaji Rendah Asalkan Dekat Bersama Keluarga

Kongsi L.Jivanesan atau lebih mesra disapa sebagai Uncle Jiva, dia telahpun bekerja sebagai pengawal keselamatan di kolej matrikulasi yang terletak berhampiran Gambang, Kuantan sejak 23 tahun lalu.

Meskipun gaji yang diterima oleh Uncle Jiva tidak tinggi namun dia tetap setia dengan pekerjaannya itu asalkan dapat tinggal bersama ibu dan bapanya.

“Walaupun gaji tak tinggi, tapi cukup untuk saya membantu menyara keluarga. Saya setia dengan pekerjaan ini pun kerana nak duduk bersama emak juga ayah serta jaga mereka yang sudah berusia,” katanya yang dipetik dari Harian Metro.

Kongsi Uncle Jiva yang kini berusia 39 tahun itu, dia hanya bersekolah sehingga Tingkatan Tiga.

Namun, itu tidak menghalang dia untuk berusaha mencari pekerjaan bagi membantu keluarga.

Gaji Pertama Yang Diterima Hanya RM450, Asalnya Tak Minat Kerja Sebagai Pengawal Keselamatan

Jelas Uncle Jiva lagi, dia pada awalnya cuba memohon kerja sebagai pengawal keselamatan di tempat kerjanya sekarang namun tiada kekosongan.

“Kemudian saya cuba minta lagi dan kebetulan, ada kosong seterusnya diterima bekerja.

“Tahun pertama saya jadi pengawal keselamatan biasa dengan gaji RM450 dan dilantik sebagai ketua tahun berikutnya.

“Ikutkan tak berminat jadi pengawal keselamatan kerana kerja tertekan sebab jumpa orang bermacam ragam. Namun, saya teruskan sampai hari ini sebab fikir nak cari rezeki. Saya pun layan saja semua orang dengan baik walau macam mana pun layanan mereka terhadap saya,” jelasnya.

Kerja Pengawal Keselamatan Ada Cabarannya Tersendiri

Jelas Jiva, ada rakannya pernah mengajak dia untuk berhijrah ke Singapura kerana gaji yang ditawarkan agak lumayan.

Walau bagaimanapun, dia memilih untuk kekal bekerja sebagai pengawal keselamatan kerana tidak boleh berjauhan dengan keluarga.

Apatah lagi, ibunya menghidap diabetes manakala bapanya pula sudah berusia.

“Segelintir orang luar mungkin nampak kerja ini biasa tapi tanggungjawabnya besar dan bukan senang.

“Banyak cabarannya tapi seronok juga kerana dapat jumpa dan pada masa sama menolong bermacam jenis orang.

“Ada saja perlekehkan pekerjaan saya tapi saya ingat pesan emak ayah supaya ikhlas bekerja jika nak duit berkat. Kalau nak kaya ini bukan kerjanya dan penat sebab saya hanya dapat tidur antara satu hingga maksimum lima jam saja,” jelasnya.

Anggap Penuntut Sebagai Anak Sendiri, Ada Bekas Penuntut Datang Berjumpa Meskipun Dah Berkeluarga

Kongsinya lagi, pekerjaannya yang kerap bertemu dengan warga kampus membuatkan hubungan dia menjadi lebih rapat khususnya bersama penuntut.

“Saya memang baik dan suka melayan penuntut kerana anggap mereka macam anak.

“Mereka (penuntut) juga yang beri idea untuk saya rakam dan kongsi video di TikTok.

“Setakat ini, tak pernah ada masalah malah ada beberapa bekas penuntut datang jumpa saya dengan sebahagiannya sudah berkeluarga.

“Banyak pengalaman saya dapat di sini malah dan antara tak dapat dilupakan adalah bantu tangkap pencuri hingga dapat anugerah daripada pihak pengurusan kampus,” kongsinya.

Mahu Terus Bekerja Sebagai Pengawal Keselamatan, Mohon Orang Ramai Jangan Pandang Rendah Pekerjaan Pengawal Keselamatan

Terang Uncle Jiva lagi, selagi dia masih sihat dan ada Kudrat, dia tetap mahu terus bekerja sebagai pengawal keselamatan dek kerana kerjaya itu sudah sebati dengan dirinya.

“Siapa yang berminat kerja dalam bidang ini, buat saja, jangan malu dan buat kerja dengan ikhlas.

“Untuk orang di luar sana, jangan pandang rendah pekerjaan macam saya kerana jika tiada pengawal keselamatan, siapan nak buat kerja ini.

“Kena ingat yang setiap pekerjaan ada peranannya dan bukan sia-sia selagi memberi manfaat kepada orang lain,” ujarnya.

@jivanesanjiva

mohon peka yea adik2. semoga boleh mengikut peraturan yg di sediakan #kolejmatrikulasipahang #kmph #jivasecurity

♬ bunyi asal – Jiva – Jiva
@jivanesanjiva

info penting yea.semoga adik2 boleh displin. semoga bermanfaat untuk para peljar kmph#jivasecurity #kmph #kolejmatrikulasipahang

♬ bunyi asal – Jiva – Jiva

Baca Artikel Berkaitan: Pak Guard Berhati Mulia, Suapkan Makanan Pada Warga Emas Yang Bersendirian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Semua Boleh Layan Dengan Baik”- Gelagat ‘Mak Guard’ Santuni Anak Istimewa Raih Pujian [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved