“Saya Lawan Diri Sendiri”-Rifdean Masdor Sambar Kontrak ONE Championship RM425,000

20 Jun 2026 • 6:34 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Petarung Muay Thai negara, Rifdean Masdor membuktikan bahawa kemenangan terbesar bukan sekadar menewaskan lawan di gelanggang, sebaliknya mengatasi cabaran dalam dirinya sendiri.

Atlet berusia 23 tahun yang dikenali sebagai ‘Magic Boy’ itu mencuri tumpuan apabila menumbangkan wakil Iran, Javad Mozafari menerusi kemenangan knockout (KO) pada pusingan pertama dalam aksi The Inner Circle 19 di Stadium Lumpinee, Bangkok.

Kejayaan tersebut bukan sahaja membuka laluan ke pentas terbesar Muay Thai dunia, malah menghadiahkan Rifdean kontrak bernilai AS$100,000 (RM425,000) bersama ONE Championship.

Image from: “Saya Lawan Diri Sendiri”-Rifdean Masdor Sambar Kontrak  ONE Championship RM425,000

Lebih manis, persembahan cemerlangnya turut melayakkan beliau menerima bonus persembahan sebanyak 350,000 Baht (RM44,056).

Namun, menurut Rifdean, cabaran sebenar yang perlu dihadapinya sebelum pertarungan bermula bukanlah lawan di hadapan mata, sebaliknya dirinya sendiri.

“Pertarungan ini sebenarnya adalah saya menentang diri saya sendiri. Ia bukan menentang sesiapa. Saya lawan diri saya sendiri.
“Untuk pertarungan akan datang, saya akan jadi lebih baik dan sentiasa berdisiplin,” katanya.

Image from: “Saya Lawan Diri Sendiri”-Rifdean Masdor Sambar Kontrak  ONE Championship RM425,000

Rifdean berkata, disiplin serta keupayaan mengawal tekanan menjadi kunci utama yang membolehkannya memanfaatkan peluang besar dalam karier profesionalnya.

Artikel lain: Air Mata Juara! Miki Ghazali Hadiahkan Pingat Emas Muay Thai Di Sukan SEA 2025

Walaupun berjaya meraih kemenangan bergaya dan ganjaran lumayan, beliau mengakui masih sukar mempercayai apa yang berlaku di gelanggang keramat Muay Thai itu.
“Saya benar benar tidak tahu apa yang mahu dikatakan. Saya kehilangan kata kata.
“Tetapi ia satu pertarungan yang sangat baik buat saya,” katanya.

Image from: “Saya Lawan Diri Sendiri”-Rifdean Masdor Sambar Kontrak  ONE Championship RM425,000

Kemenangan itu meletakkan Rifdean semakin hampir untuk mengikut jejak langkah beberapa petarung Asia Tenggara yang berjaya mencipta nama di pentas ONE Championship.

Pada masa sama, kejayaan tersebut mengukuhkan statusnya sebagai antara prospek paling cerah dalam arena Muay Thai negara, sekali gus membawa harapan baharu buat sukan tempur Malaysia di pentas antarabangsa.

Sumber: Harian Metro (Syazwan Msar), FB Mohd Rifdean

The post “Saya Lawan Diri Sendiri”-Rifdean Masdor Sambar Kontrak ONE Championship RM425,000 appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved