Anggaran Gaji Wajar Untuk Individu Bujang Di KL Jalani Hidup Di Tahap Munasabah RM3,100

LocalPersonal Finance
7 Oct 2026 • 1:35 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Anggaran Gaji Wajar Untuk Individu Bujang Di KL Jalani Hidup Di Tahap Munasabah RM3,100

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap individu yang bekerja pastinya mahukan gaji yang berpatutan dengan beban kerja, kemahiran termasuklah setara dengan keadaan ekonomi.

Ini kerana keadaan ekonomi yang semakin meningkat turut menyukarkan seseorang individu untuk hidup di kawasan bandar khususnya dengan gaji yang rendah.

RM3,100 gaji yang dianggarkan wajar untuk individu bujang di KL

Terbaharu anggaran inisiatif Program Pengaktifan dan Reformasi Syarikan Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP) 2026 yang mengambil kira perubahan kos menganggarkan gaji untuk individu bujang di Kuala Lumpur (KL) bagi menjalani kehidupan yang wajar memerlukan sekitar RM3,100 sebulan.

Anggaran itu membolehkan individu bujang di KL menjalani kehidupan di tahap yang munasabah termasuk aktiviti riadah.

Anggaran gaji tersebut bukan pengiraan baharu yang muktamad

Jelas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Fraziali Ismail, angka anggaran gaji terbabit bukanlah pengiraan baharu yang muktamad.

Akan tetapi ia mengikut kadar kira-kira RM2,700 yang pernah dikira untuk individu bujang di KL pada beberapa tahun lalu, sebelum disesuaikan secara kasar dengan perubahan inflasi.

“Kalau kita ambil inflasi sahaja, RM2,700 itu sekarang sudah jadi lebih kurang RM3,100, tapi macam saya kata, kena buat pengkajian yang lebih mendalam,” jelasnya, dipetik Berita Harian.

Gaji wajar tak sepatutnya memboleh seseorang untuk beli keperluan

Menurut beliau lagi, konsep gaji kehidupan wajar atau living wage tidak sepatutnya hanya dilihat sekadar jumlah minimum yang membolehkan seseorang individu itu untuk membeli barangan seperti:

  • Makanan
  • Membayar sewa
  • Memenuhi keperluan asas untuk terus hidup

Ujar beliau, sebaliknya pendapatan yang diperoleh tersebut sepatutnya membolehkan individu atau pekerja dapat menjalani hidup secara bermaruah ini termasuklah beriadah pada:

  • Kadar berpatutan
  • Pulang ke kampung
  • Uruskan hutang
  • Miliki barang sesuai dengan aspirasi kehidupan biasa

Gaji wajar membolehkan pekerja untuk bercuti, balik kampung ada telefon dan sebagainya

Malah beliau juga menyifatkan gaji berkenaan membolehkan seseorang menjalani kehidupan dengan aktiviti tambahan seperti bercuti, balik kampung dan sebagainya.

“Gaji itu supaya orang tidak hidup melarat, boleh pergi bercuti yang berpatutan, balik kampung, tidak terlalu berhutang dan boleh mempunyai telefon yang sesuai dengan aspirasi normal,” ujarnya.

Gaji minimum dan gaji wajar ada fungsi berbeza

Beliau turut menjelaskan gaji minimum serta gaji wajar mempunyai fungsi yang berbeza ini kerana:

  • Gaji minimum – lantai pendapatan yang paling bawah
  • Gaji wajar – bertujuan untuk sediakan taraf hidup yang lebih baik kepada seseorang individu mengikut kemampuan majikan (bos)

Tambah Fraziali lagi, sekiranya terlalu bergantung kepada kenaikan gaji minimum ia turut mempunyai batas jika gaji pekerja lain tidak meningkat secara seiring.

“Keadaan itu boleh menyebabkan jurang antara pekerja bergaji minimum dengan pekerja pada tangga gaji berikutnya semakin mengecil.”

Minta majikan yang ada kemampuan untuk pertimbangkan gaji wajar

Justeru itu, beliau berpendapat bagi majikan yang ada kemampuan dari segi kewangan mereka boleh mempertimbangkan untuk membayar gaji wajar.

Perkara ini secara tidak langsung memberikan pulangan lebih baik kepada pekerja daripada keuntungan serta peningkatan produktiviti yang dinikmati oleh syarikat.

“Mungkin untung kurang sedikit, tetapi kalau bayar gaji itu, ia baik untuk memberi ganjaran kepada pekerja. Pekerja mungkin menaikkan produktiviti dan syarikat boleh dapat pulangan semula,” jelasnya lagi.

Perlu buat kajian untuk gaji kehidupan wajar supaya lebih kukuh

Beliau dalam masa sama turut merujuk kepada pendekatan ‘Belanjawanku’ yang menyediakan anggaran untuk perbelanjaan mengikut kepada keperluan kehidupan serta lokasi sebagai antara rujukan yang berguna.

Namun beliau juga berpandangan kajian baharu berkaitan gaji kehidupan wajar hendaklah dilakukan agar perbahasan mengenainya mengikut ukuran semasa yang lebih kukuh.

Kata beliau, perbincangan berhubung gaji wajar itu perlulah berjalan seiring dengan:

  • Usaha meningkatkan produktiviti syarikat
  • Kemahiran pekerja

Perkara ini agar kenaikan pendapatan boleh berlaku secara mampan tanpa hanya bergantung kepada penetapan lantai gaji oleh kerajaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved