Lelaki, wanita ditemui mati dalam kereta di parkir stesen minyak

27 Feb 2024 • 7:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota polis melakukan pemeriksaan ke atas kedua mangsa yang ditemui tidak sedarkan diri di dalam kereta yang diparkir di sebuah stesen minyak di Muadzam Shah pada Selasa.

image is not available
Anggota bomba membantu membuka pintu kereta yang berkunci bagi mengeluarkan mangsa.

KUANTAN - Seorang lelaki dan seorang wanita ditemui meninggal dunia dalam sebuah kereta yang diparkir di sebuah stesen minyak di Muadzam Shah, Rompin pada Selasa.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa dipercayai pemandu dan penumpang kereta jenis Proton Satria Neo itu ditemui tidak sedarkan diri dalam kenderaan yang berkunci.

Menurutnya, kejadian dilaporkan jam 4.10 petang sebelum enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah ke lokasi untuk bantuan.

"Pihak bomba bertindak membuka pintu menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa.

"Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua mangsa telah meninggal dunia sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved