Anggota Cawangan Khas PDRM Nafi Jadi ‘Ulat’, Dakwa Dikasari Ketika Jalankan Tugas Rasmi Di KLIA – Peguam

LocalPolitics
7 Oct 2026 • 5:24 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Anggota Cawangan Khas PDRM Nafi Jadi ‘Ulat’, Dakwa Dikasari Ketika Jalankan Tugas Rasmi Di KLIA – Peguam

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada minggu lalu, tular di media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain didakwa mengasari seorang individu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menerusi video tular, kelihatan individu terbabit memarahi dan menengking seorang lagi individu sambil disaksikan oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian.

Malah, orang yang didakwa merupakan Mohd Shuhaily turut dilihat memegang kepala individu yang dimarahinya sebelum pergi ke individu lain.

Namun, Mohd Shuhaily kemudiannya tampil memberi penjelasan mengenai insiden terbabit dan menjelaskan dia sedia menanggung dan sanggup ‘berkorban’ untuk melakukan perubahan.

Baca Artikel Berkaitan: “Sekiranya Harga Itu Adalah Diri Saya, Maka Saya Bayar”- Isu Video Tular Di Klia, Ini Penjelasan Mohd Shuhaily

2 Anggota Cawangan Khas Nafi Jadi ‘Ulat’, Dakwa Dikasari Ketika Bertugas Di KLIA

Terbaharu, dua anggota Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan bahawa mereka bertindak sebagai ‘ulat’ atau ‘counter setting’ sewaktu menjalankan tugas rasmi di KLIA.

Malah, kedua anggota terbabit turut mendakwa telah dikasari secara fizikal oleh Mohd Shuhaily ketika sedang bertugas pada 28 September.

Perkara itu didedahkan oleh peguam anggota berkenaan, Datuk Kamal Hisham Ja’afar daripada Kamal Hisham & Associates.

Dakwaan Terhadap Kedua Anak Guam Tidak Seharusnya Alih Perhatian Terhadap Isu Utama

Jelas Kamal Hisham, dakwaan terhadap anak guamnya itu seharusnya tidak mengalih perhatian terhadap isu utama yang sedang disiasat iaitu dakwaan berlakunya kekasaran fizikal terhadap mereka sewaktu menjalankan tugas.

“Sebarang dakwaan sedemikian hendaklah disokong dengan bukti dan tidak seharusnya digunakan untuk mengalihkan perhatian daripada isu utama,” katanya.

Jelasnya lagi, anak guamnya itu sedang melaksanakan tugas rasmi. Malah, insiden itu yang didakwa berlaku di tempat awam turut mendatangkan kecederaan serta menjejaskan maruah anggota terbabit sebagai anggota penguat kuasa.

“AKPS bukan sebahagian daripada PDRM, sebaliknya kedua-dua agensi terbabit mempunyai fungsi serta bidang kuasa yang berbeza,” jelasnya.

Tindakan Berpotensi Libatkan Peruntukan Undang-Undang Bawah Seksyen 186 & Seksyen 323 Kanun Keseksaan

Tambah Kamal Hisham, dari sudut perundangan, berdasarkan fakta dan keterangan yang dikemukakan oleh pihak berkuasa, tindakan yang didakwa berlaku itu berpotensi melibatkan peruntukan undang-undang antaranya seperti Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Selain itu, ia juga boleh disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

“Bagaimanapun, kami menegaskan bahawa keputusan mengenai sebarang kesalahan hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa berdasarkan hasil siasatan dan bukti yang diperoleh,” katanya.

Anggota Polis Gesa Masyarakat Tak Buat Kesimpulan, beri Ruang Pihak Berkuasa Jalankan Siasatan

Tambahnya lagi, kedua-dua anggota polis berkenaan turut menggesa orang ramai agar tidak membuat kesimpulan berdasarkan naratif yang belum disahkan serta memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara telus dan menyeluruh.

“Tiada sesiapa pun, tanpa mengira pangkat atau kedudukan, harus diletakkan di atas undang-undang atau dibenarkan menggunakan kekerasan terhadap penjawat awam yang sedang menjalankan tugas,” jelasnya.

Jelas Hisham lagi, pihaknya berharap agar siasatan berhubung insiden itu dapat dijalankan secara telus, bebas dan segera selain tindakan sewajarnya dapat diambil berdasarkan hasil siasatan dan bukti.

Pada masa sama, dia turut meminta orang ramai dari membuat kenyataan yang boleh mengganggu atau mempengaruhi siasatan serta memastikan hak, keselamatan serta maruah anak guamnya sebagai anggota polis terus dilindungi.

25 Saksi Telah Dipanggil Beri Keterangan

Sebelum ini media melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail mendedahkan pihaknya telah mengambil keterangan seramai 25 saksi berkaitan kes tersebut.

Kesemua 25 saksi itu termasuklah anggota polis, kakitangan AKPS, polis bantuan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), pengendali bagasi, pegawai perubatan serta orang awam.

Difahamkan, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.

Terdahulu, selain klip rakaman yang memaparkan insiden berkenaan, satu salinan polis yang didakwa dibuat oleh individu yang menjadi mangsa turut tular di media sosial.

Baca Artikel Berkaitan: Tular Video Marah Individu Di KLIA, KP AKPS Akan Keluar Kenyataan Media Dalam Masa Terdekat

Baca Artikel Berkaitan: “Sekiranya Harga Itu Adalah Diri Saya, Maka Saya Bayar”- Isu Video Tular Di Klia, Ini Penjelasan Mohd Shuhaily

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved