Dua anggota cawangan khas KLIA nafi jadi ‘ulat’ atau terlibat ‘counter setting’

LocalPolitics
7 Oct 2026 • 3:43 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Dua anggota cawangan khas KLIA nafi jadi ‘ulat’ atau terlibat ‘counter setting’

KUALA LUMPUR - Dua anggota polis cawangan khas yang terkait dalam insiden membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini menafikan mereka bertindak sebagai ‘ulat’ atau ‘counter setting'

Peguam mereka, Datuk Kamal Hisham Ja'afar daripada Kamal Hisham & Associates yang mewakili Muhammad Ekmal Sofwan Driman dan Mohammad Faiz Muhamad berkata, dakwaan berkenaan adalah tidak benar kerana tugas kaunter berada di bawah bidang kuasa Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam, bukannya polis.

Beliau berkata, insiden berkenaan telah menjejaskan maruah anak guamnya apatah lagi terhadap penjawat awam di hadapan orang awam.

“Perlu ditegaskan AKPS bukan sebahagian daripada PDRM dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan tugasan polis di KLIA. Insiden berlaku di tempat awam, menyebabkan kedua‑dua mangsa cedera dan diaibkan.

“Kesannya, kedua‑dua mangsa mengalami kecederaan akibat tindakan kekerasan jenayah tersebut,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 28 September lalu, tular video memaparkan seorang lelaki yang kelihatan seperti Mohd Shuhaily memarahi seorang individu di KLIA.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail, berkata polis telah mengambil keterangan daripada 25 individu berhubung insiden berkenaan.

Polis juga, kata Mohd Khalid turut mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan laporan doktor bagi memastikan semua perkara berkaitan kes itu disiasat dengan teliti.

Mengulas lanjut, Kamal Hisham memberitahu, berdasarkan fakta dan keterangan yang sedang dikemukakan kepada pihak berkuasa, kejadian berkenaan berpotensi melibatkan peruntukan undang-undang termasuk Seksyen 186 Kanun Keseksaan berkaitan menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 323 kerana didakwa sengaja menyebabkan kecederaan.

Sehubungan itu, beliau memohon supaya siasatan terhadap kejadian berkenaan dijalankan dengan segera secara telus dan bebas.

Beliau turut meminta semua pihak mengelakkan kenyataan awam yang boleh menjejaskan atau mempengaruhi proses siasatan.

“Mereka adalah anggota polis yang sah menjalankan tugas dan berhak mendapat keadilan serta perlindungan undang‑undang,’’ kata kenyataan berkenaan. - 7 Oktober, 2026

The post Dua anggota cawangan khas KLIA nafi jadi ‘ulat’ atau terlibat ‘counter setting’ appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved