Anggota IPD Kota Bharu maut dalam kemalangan jalan raya

19 Nov 2026 • 8:52 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Anggota IPD Kota Bharu maut dalam kemalangan jalan raya

Anggota Cawangan Persenjataan IPD Kota Bharu maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan kereta berhampiran Kampung Pulau Melaka

KOTA BHARU: Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta berhampiran Kampung Pulau Melaka di sini, petang semalam.

Mangsa, Koperal Mohd Alimi Kamarudin, 35, bertugas di Cawangan Persenjataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Azmir Damiri ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan bahawa kenyataan rasmi berhubung kemalangan berkenaan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Sementara itu, kakak sulung mangsa, Siti Nuradila Kamarudin, 38, berkata keluarga menerima berita mengenai kemalangan tersebut kira-kira 5.30 petang selepas dihubungi adik ipar mereka, Fatin Khalidah Adilah Zainudin.

Sejurus menerima berita itu, seluruh keluarga bergegas ke Unit Forensik Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved