Koperal maut motosikal hilang kawalan bergesel dengan kereta

19 Nov 2026 • 9:53 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Koperal maut motosikal hilang kawalan bergesel dengan kereta

KOTA BHARU – Seorang anggota polis berpangkat koperal meninggal dunia selepas motosikal dinaikinya hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dalam kemalangan berhampiran Jambatan Pulau Melaka, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian pukul 4.45 petang itu, Koperal Muhammad Alimi Kamarudin, 35, yang bertugas di Cawangan Persenjataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketika kejadian, keadaan jalan basah dan licin.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri berkata, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan. 

Katanya, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa datang dari arah Panji menghala ke Kota Jembal dan dipercayai hilang kawalan disebabkan keadaan jalan yang basah sebelum memasuki laluan bertentangan dan bergesel bahagian sisi hadapan kanan Proton X70.

“Mangsa terjatuh atas jalan dan cedera parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. 

“Kereta Proton X70 dipandu lelaki berusia lingkungan 40-an dalam perjalanan dari arah Kota Jembal menghala ke Panji. Pemandu dan penumpang kenderaan tidak cedera,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

The post Koperal maut motosikal hilang kawalan bergesel dengan kereta appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved