Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang

18 Nov 2026 • 5:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang
Anggota bomba giat melakukan kerja-kerja pembersihan pokok tumbang dalam kejadian seorang penunggang motosikal maut di Setia Eco Templer Selayang pada Rabu. - Foto: JBPM
Image from: Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang
Kerja-kerja pembersihan pokok tumbang dalam kejadian seorang penunggang motosikal maut di Setia Eco Templer Selayang pada Rabu. - Foto: JBPM

GOMBAK – [DIKEMAS KINI] Seorang penunggang motosikal maut selepas dihempap sebatang pokok yang tumbang di Setia Eco Templer, Selayang, di sini pada Rabu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.19 petang.

Menurut beliau, seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira enam kilometer dari balai.

“Mereka tiba di lokasi pada jam 2.28 petang.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati sebatang pokok tumbang dan menghempap sebuah lori jenis Isuzu serta sebuah motosikal Yamaha NMax,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

**media[3714848]**

Ashrul berkata, mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 26 tahun didapati tersepit di bawah pokok dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Menurutnya, pasukan bomba segera menjalankan operasi mengeluarkan mangsa.

“Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 2.35 petang dan kerja-kerja mengalihkan pokok tumbang turut selesai dilaksanakan,” katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved