Anggota JSPT Bukit Aman maut motosikal langgar pembahagi jalan

15 Sep 2026 • 8:51 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anggota JSPT Bukit Aman maut motosikal langgar pembahagi jalan

PUCHONG – Seorang anggota Cawangan Pengurusan Saman Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman maut selepas motosikal Yamaha Xmax ditunggangnya melanggar pembahagi jalan konkrit di Jalan Persiaran Puteri, Puchong Hartamas di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.28 malam, mangsa, Sarjan Mohd Irfan Khalid, 47, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal berkenaan dari arah Jalan Persiaran Puteri menghala ke Puchong Hartamas.

“Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal Yamaha Xmax dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan konkrit yang berada di tepi bahu kiri jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Inspektor Fatin Husna Khairuzzaman di talian 017-3012621. – KOSMO! ONLINE

The post Anggota JSPT Bukit Aman maut motosikal langgar pembahagi jalan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved