Penunggang basikal maut langgar penutup longkang

15 Sep 2026 • 2:26 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penunggang basikal maut langgar penutup longkang

MELAKA – Seorang penunggang basikal maut dipercayai terjatuh selepas tayar hadapan masuk ke dalam penutup longkang dalam kejadian di Bukit Beruang, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Halim Abas berkata, mangsa, Ahmad Shazlye Hassan, 36, disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Melaka kira-kira pukul 9 malam.

Katanya, pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada anggota pondok perhubungan Hospital Melaka kira-kira pukul 10 malam.

“Siasatan awal mendapati kejadian menimpa mangsa berlaku pukul 7.10 malam ketika lelaki itu menunggang basikal Lapierre dari arah Jalan Dahlia 6 menuju ke persimpangan Jalan Dahlia 2 dan Jalan Dahlia 7.

“Setibanya di lokasi kejadian, tayar hadapan basikal itu dipercayai termasuk ke dalam penutup longkang menyebabkan mangsa terjatuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Akibat kejadian itu, mangsa yang bekerja sebagai tukang masak mengalami kecederaan pada muka dan kepala sebelum dibawa ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.

Mayat Ahmad Shazlye dihantar ke Unit Forensik untuk dibedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

The post Penunggang basikal maut langgar penutup longkang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved