Anggota pengaman PBB maut, seorang lagi cedera dalam serangan helikopter DR Congo

6 Feb 2023 • 11:53 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KIGALI (Rwanda): Seorang anggota pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terbunuh manakala seorang lagi cedera apabila helikopter yang mereka naiki diserang di Republik Demokratik Congo pada Ahad, menurut tentera PBB yang dikenali sebagai MONUSCO.

Serangan itu dilaporkan berlaku pada petang Ahad di wilayah Kivu Utara yang bergolak, menurut satu kenyataan.

“Helikopter MONUSCO yang berlepas dari Beni ke Goma telah diserang, menyebabkan kematian seorang anggota pengaman, manakala seorang lagi cedera parah,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan itu.

Pesawat itu bagaimanapun berjaya mendarat di lapangan terbang Goma.

Menurut laporan, anggota pengaman yang terbunuh berasal dari Afrika Selatan.

Ketua MONUSCO, Bintou Keita memberi amaran bahawa serangan ke atas pasukan pengaman boleh menjadi jenayah perang dan bahawa “pelbagai usaha akan dilaksanakan bagi membawa pelaku ke muka pengadilan.”

Keita mengutuk sekeras-kerasnya insiden berkenaan sambil menyifatkannya sebagai “serangan pengecut” ke atas pesawat yang mempunyai lambang PBB.

Negara itu terus bergolak, dengan 5.7 juta orang hilang tempat tinggal di tengah-tengah krisis makanan, menurut PBB.

Tentera PBB telah ditempatkan di DR Congo sejak 1999. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved