Anggota Penguatkuasa Terkejut Jumpa Tempat Tinggal Gelandangan Bawah Longkang Besar, Lengkap Dengan Katil Dan Tilam

19 Mar 2025 • 11:37 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Video dikongsikan oleh seorang anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Azrie di TikTok telah menjadi perhatian selepas rakaman itu memaparkan tempat tinggal gelandangan.

Rakaman tersebut kemudian turut dikongsikan individu lain di Facebook dan menunjukkan beberapa pegawai MBSP menyelak kepingan kotak yang menutup bahagian bawah longkang besar.

image is not available

Ternyata ruang sempit dan tersembunyi itu menjadi tempat tinggal gelandangan dan menerusi video, boleh dilihat ia lengkap dengan katil, tilam dan selimut berwarna kuning disusun rapi di longkang terbabit.

Sementara itu, di sisi katil tersebut pula kelihatan satu rak besi dipercayai untuk menggantung serta beberapa barang kelengkapan rumah termasuklah botol minyak masak terpakai.

Tonton video penuh di sini:

image is not available

image is not available

 

Difahamkan, video tersebut pada mulanya dikongsikan di TikTok namun selepas mendapat perhatian ramai, pihak TikTok menurunkan hantaran tersebut tanpa sebab diketahui.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 month ago

Wanita Simpati Belikan Peti Ais Baru Untuk Jiran, Dah 3 Bulan Rosak - "Dia Tak Pernah Cerita Kesusahan Dekat I"

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved