Gelandangan Jadikan Longkang Besar Sebagai ‘Rumah’ Lengkap Dengan Katil Dan Rak Besi

19 Mar 2025 • 12:21 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
gelandangan

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video dikongsi pengguna TikTok anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Pulau Pinang.

Video itu menunjukkan satu realiti yang cukup menyayat hati di mana gelandangan terpaksa menjadikan longkang besar sebagai tempat berteduh.

Gelandangan tinggal dalam longkang

Dalam rakaman itu, beberapa pegawai MBSP dilihat menyelak kepingan kotak yang menutup bahagian bawah longkang tersebut.

Di sebalik kotak-kotak tersebut, ada ruangan kecil yang diubah menjadi ‘rumah’ lengkap dengan tilam tebal dan selimut.

Siap ada tilam, selimut

image is not available

Bukan itu sahaja, ada juga rak besi dipercayai digunakan untuk menggantung pakaian serta beberapa barang kelengkapan rumah termasuk botol minyak masak terpakai.

Video asal dipercayai telah dipadam dan dimuat naik semula oleh pengguna media sosial yang lain.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Facebook


The post

appeared first on

.