Anggota perkhidmatan awam dilarang guna aplikasi Waze

LocalPolitics
21 Oct 2026 • 11:40 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anggota perkhidmatan awam dilarang guna aplikasi Waze

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan untuk melarang penggunaan aplikasi navigasi Waze yang berpangkalan di Israel dilarang dalam kalangan anggota perkhidmatan awam berkuat kuasa serta-merta.

Arahan itu dibuat menerusi satu pemakluman rasmi yang dikeluarkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar susulan keputusan Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) Bilangan 3 Tahun 2026 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shamsul Azri berkata, dalam hal ini, semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan hendaklah memastikan keputusan itu dimaklumkan kepada semua pegawai di bawah seliaan masing-masing termasuk agensi dan jabatan untuk dilaksanakan dengan serta- merta.

“Sebarang pertanyaan atau keperluan penjelasan lanjut berhubung pelaksanaan arahan ini bolehlah dikemukakan kepada Agensi Keselamatan Siber Negara, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri yang merupakan agensi penyelaras bagi perkara ini.

“Kerjasama dan perhatian serius bagi memastikan keputusan ini dipatuhi secara menyeluruh di peringkat kementerian, jabatan dan agensi masing-masing adalah amat dihargai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Anggota perkhidmatan awam dilarang guna aplikasi Waze appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved