Anggota polis ditemukan maut di tandas hentian R&R

14 Jun 2024 • 5:18 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang anggota polis berusia 25 tahun ditemukan tidak bernyawa di sebuah tandas hentian rehat dan rawat (R&R) lebuh raya dekat Seremban, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Penguasa Polis Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam mengenai kejadian itu pada pukul 5.45 petang.

Mangsa yang merupakan seorang anggota polis kontijen Kuala Lumpur ditemukan mati di tiang besi atas penghadang di dalam tandas R&R berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati lelaki berkenaan telah berkahwin, dan ditemukan mati di tiang besi atas penghadang di dalam tandas tersebut.

“Mangsa merupakan seorang anggota polis yang bertugas di kontinjen Kuala Lumpur.

“Bahagian Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Negeri Sembilan membantu siasatan di tempat kejadian dan mendapati tiada kesan kecederaan pada tubuh mangsa,” katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut

Abdul Malik berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Tuanku Ja’afar untuk bedah siasat.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi polis dan dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved