Polis Muda Baru Berusia 25 Tahun Ditemui Mati Dalam Tandas Hentian R&R

14 Jun 2024 • 12:06 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
polis maut

Pagi ini kita dilaporkan dengan kematian seorang anggota polis yang ditemui di dalam tandas hentian R&R Nilai petang semalam.

Laporan ini turut disahkan Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim selepas menerima panggilan telefon dariapda orang awam yang menjumpai anggota terbabit pada jam 5.25 petang.

image is not available

Hasil siasatan awal mendapati anggota polis berusia 25 tahun dan sudah berkahwin dijumpai mati di dalam tandas.

Mangsa adalah anggota polis yang betugas di Kuala Lumpur. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Mayat mangsa dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat.

Dalam pada itu pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi pihak polis dan menasihati orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi.

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.