Anggota polis marin maut kereta terbabas di LPT2

22 Dec 2025 • 5:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan kenderaan dipandu Raja Zulkifli (gambar kecil) dipercayai terbabas dalam kemalangan di Kilometer 306.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Plaza Tol Kijal, pada Isnin.

KEMAMAN – Seorang anggota Pasukan Gerakan Marin berpangkat sarjan maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 306.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Plaza Tol Kijal, kira-kira jam 7.25 pagi pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, mangsa, Raja Zulkifli Raja Husain, 49, berasal dari Kampung Seberang Pintasan, Dungun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

"Mangsa difahamkan sedang dalam perjalanan dari kediamannya di Dungun menuju ke tempat kerjanya di Pasukan Gerakan Marin, Kuantan sebelum ditimpa kemalangan.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu mangsa hilang kawalan sebelum merempuh penghadang jalan di sebelah kiri," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Jelas beliau, impak rempuhan menyebabkan mangsa tercampak keluar dari kenderaan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved