Anggota polis peronda direman, disyaki minta dan terima rasuah RM14,000

LocalPolitics
16 Aug 2026 • 4:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Anggota polis peronda direman, disyaki minta dan terima rasuah RM14,000
Kedua-dua suspek di bawa ke Mahkamah Majistret pada Ahad untuk proses permohonan reman. - Foto: SPRM Pahang

KUANTAN- Seorang anggota polis peronda ditahan disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM14,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan ke atas pengguna Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang melakukan kesalahan lalu lintas.

Suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 5.30 petang pada Sabtu ketika hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang di sini.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut bersama seorang lagi pegawai polis peronda sejak Januari hingga Julai lalu.

“Suspek dipercayai menerima wang rasuah melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank pihak ketiga yang digunakan.

"Suspek kini ditahan reman lima hari sehingga 20 Ogos depan," katanya.

Tambah sumber itu, perintah remah terhadap suspek telah dikeluarkan Majistret Ellyna Othman selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuantan di sini pada Ahad.

Sementara itu katanya, seorang lagi pegawai polis peronda berusia lingkungan 30-an yang ditahan reman sebelum ini disambung reman selama empat hari sehingga 19 Ogos ini.

"Perintah lanjutan reman tersebut juga dikeluarkan Majistret Ellyna Othman selepas permohonan reman pertama ke atas pegawai polis tersebut berakhir hari ini," jelasnya.

Pengarah SPRM Pahang, Mohamad Shukor Mahmud ketika dihubungi mengesahkan penahanan kedua-dua suspek.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved