Anggota polis peronda ditahan ‘kutip’ RM14,000 dalam tempoh tujuh bulan

LocalPolitics
16 Aug 2026 • 5:10 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Anggota polis peronda ditahan ‘kutip’ RM14,000 dalam tempoh tujuh bulan

KUANTAN: Seorang anggota polis peronda ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM14,000 dalam tempoh tujuh bulan.

Wang itu dipercayai diterima sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap pengguna Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang melakukan kesalahan lalu lintas.

Suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira pukul 5.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pahang. Dia kemudian direman lima hari sehingga 20 Ogos ini selepas perintah dikeluarkan Majistret Ellyna Othman di Mahkamah Majistret Kuantan.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek dipercayai bersubahat dengan seorang lagi anggota polis peronda dalam kegiatan berkenaan yang dipercayai berlaku dari Januari hingga Julai lalu.

“Suspek dipercayai menerima wang rasuah melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank pihak ketiga yang dipercayai digunakan olehnya,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi anggota polis peronda lelaki berusia lingkungan 30-an yang ditahan sebelum ini disambung reman selama empat hari sehingga 19 Ogos ini.

Pengarah SPRM Pahang, Mohamad Shukor Mahmud mengesahkan penahanan kedua-dua suspek dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

 

The post Anggota polis peronda ditahan ‘kutip’ RM14,000 dalam tempoh tujuh bulan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved