Anggota polis pulang ke rumah selepas empat hari dilaporkan hilang

LocalPolitics
20 Oct 2025 • 3:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 20 OKT: Seorang anggota polis yang dilaporkan hilang sejak Khamis lalu selamat pulang ke rumahnya di kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Jalan USJ 8, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata anggota berusia 40 tahun itu dilihat memasuki kuarters berkenaan pada 1.45 pagi oleh anggota bertugas.

“Pegawai penyiasat kemudian dimaklumkan mengenai perkara itu sebelum membawanya ke Balai Polis USJ 8 untuk membuat laporan polis dan menghubungi isterinya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata anggota berkenaan berada dalam keadaan selamat dan sihat, serta memaklumkan bahawa sepanjang tempoh menghilangkan diri, dia berada di beberapa masjid sekitar Morib dan Putra Heights.

Semalam, Wan Azlan dilaporkan berkata pihaknya sedang mengesan anggota berkenaan selepas dia keluar dari rumah pada Khamis dan gagal dikesan.

Ahli keluarga anggota itu kemudian membuat laporan polis pada kira-kira 9.15 malam selepas semua usaha mencarinya tidak berhasil.

- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved