Anggota tentera diberkas miliki syabu

LocalPolitics
8 Apr 2026 • 2:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Suspek yang merupakan anggota tentera, ditahan bagi membantu siasatan dan semua barang kes turut dirampas. Foto hiasan

AMPANG JAYA – Seorang anggota tentera diberkas selepas disyaki memiliki dadah jenis syabu di sebuah apartmen di Jalan Pandan Indah 4/14B, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, suspek lelaki tempatan berusia 29 tahun itu ditahan kira-kira jam 1.30 tengah hari selepas polis menerima maklumat berhubung tangkapan oleh orang awam di lokasi berkenaan.

Menurutnya, anggota kereta peronda (MPV) dari Balai Polis Pandan Indah telah digerakkan ke lokasi selepas menerima arahan daripada Pusat Kawalan Daerah (DCC).

"Sebaik tiba di lokasi, pihak polis mendapati seorang lelaki dalam keadaan cedera telah diserahkan oleh orang awam kepada pihak berkuasa.

"Hasil pemeriksaan lanjut ke atas suspek telah membawa kepada penemuan dadah disyaki jenis syabu dengan anggaran berat 1.39 gram,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, suspek yang merupakan anggota tentera itu kemudiannya ditahan bagi membantu siasatan dan semua barang kes turut dirampas.

Ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah.

"Suspek telah direman selama empat hari bagi membantu siasatan lanjut," katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved