Angin Kuat Tiba-Tiba, Peluncur Udara Maut Terhempas Selepas Mendarat Di Sabah

31 Dec 2022 • 5:52 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Peluncur udara maut lepas mendarat di Sabah

Angin Kuat Tiba-Tiba, Peluncur Udara Maut Terhempas Selepas Mendarat Di Sabah. Nak hujung tahun ini memang banyak individu yang bercuti, menghabiskan waktu melakukan pelbagai aktiviti. Ada yang habiskan waktu dengan melakukan aktiviti lasak seperti sukan luncur udara (paragliding).

Namun, tidak semua aktiviti yang dilakukan akan berakhir indah. Ada juga yang berakhir dengan duka. Salah satunya yang baru terjadi di Sabah apabila seorang peluncur udara maut selepas mendarat.

image is not available
Angin Kuat Tiba-Tiba, Peluncur Udara Maut Terhempas Selepas Mendarat Di Sabah. Sumber gambar: Kosmo Digital

Mangsa adalah seorang lelaki, berusia 26 tahun telah maut selepas terhempas di cerun konkrit kerana dibawa oleh arus angin kuat

Kejadian yang berlaku di Kampung Keliangau yang terletak di sepanjang Jalan Pan Borneo di Menggatal, Sabah ini telah menyaksikan pendaratan sukan luncur udara yang berhujung maut. Mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 26 tahun telah terhempas pada cerun konkrit semasa hendak mendarat.

Menurut Ketua Polis Kota Kinabalu, Supritendan Hajah Kalsom Idris, kejadian ini terjadi akibat oleh angin kuat yang datang secara tiba-tiba mengakibatkan mangsa diterbangkan semula ke udara dibawa arus angin kuat tersebut.

image is not available
Angin Kuat Tiba-Tiba, Peluncur Udara Maut Terhempas Selepas Mendarat Di Sabah. Sumber gambar: my Metro

Oleh kerana mangsa yang pada mula telah mendarat dengan jayanya untuk menurunkan rakan peluncurnya namun secara tiba-tiba diterbangkan semula oleh arus angin mengakibatkan mangsa gagal mengawal sayap luncur udara sebelum terhempas ke cerun konkrit.

Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan yang serius dialami oleh nya. Pihak polis turut menegaskan siasatan masih dijalankan dan kes ini diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.

Betul kata orang-orang, malang memang tidak berbau. Apa-apa pun salam takziah untuk keluarga mangsa atas musibah ini.

Untuk orang ramai yang mahu lakukan aktiviti lain jika bercuti ke Sabah, ini antara pilihan aktiviti yang boleh anda lakukan: