Peluncur Udara Maut Terhempas Pada Cerun Konkrit

31 Dec 2022 • 9:19 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Lelaki berusia 26 tahun itu difahamkan sempat menurunkan penumpang di kawasan berhampiran, namun kemudian diterbangkan oleh angin kuat sebelum terhempas dan maut di tempat kejadian - Gambar Hiasan Unsplash

KOTA KINABALU - Seorang peluncur udara maut setelah terhempas ke cerun konkrit di dalam kawasan pembinaan lebuh raya Pan Borneo di Manggatal di sini kira-kira pukul 2 petang tadi.

Lelaki berusia 26 tahun itu difahamkan sempat menurunkan penumpang di kawasan berhampiran, namun kemudian diterbangkan oleh angin kuat sebelum terhempas dan maut di tempat kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Supt Kalsom Idris ketika dihubungi mengesahkan kemalangan itu yang masih dalam siasatan pihak polis.

Beliau berkata mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I dan kes pada masa ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved