Angka kewangan diperbetul

LocalBusiness & Finance
28 Jun 2026 • 9:20 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Angka kewangan diperbetul

Kota Kinabalu: Kementerian Kewangan Sabah mengeluarkan erratum rasmi bagi membetulkan beberapa angka kewangan yang terkandung dalam ucapan Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, ketika merasmikan Kursus Ahli Lembaga Badan Berkanun Negeri (BBN) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri Sabah 2026.

Dalam erratum bertarikh 27 Jun itu, kementerian memaklumkan semakan selepas majlis mendapati terdapat ketidaktepatan pada angka berkaitan penerimaan dividen, sumbangan dan bayaran balik pinjaman kerajaan negeri yang terkandung dalam teks ucapan berkenaan.

Menurut kementerian, pembetulan itu dibuat bagi memastikan ketepatan rekod rasmi.

Berdasarkan angka yang dikemas kini, hasil dividen meningkat daripada RM122,763,986.48 pada 2024 kepada RM128,567,947.10 pada 2025, manakala sumbangan menurun daripada RM14,708,257.50 kepada RM13,236,473.00 dalam tempoh sama.

Secara keseluruhan, penerimaan kerajaan negeri daripada dividen dan sumbangan meningkat daripada RM137,472,243.98 pada 2024 kepada RM141,804,420.10 pada 2025, iaitu pertambahan RM4.33 juta atau 3.2 peratus.

Kementerian turut membetulkan angka bayaran balik pinjaman kerajaan negeri daripada RM19.44 juta pada 2024 kepada RM19.03 juta pada 2025.

Bagaimanapun, kementerian menegaskan pembetulan angka itu tidak mengubah inti pati mesej yang disampaikan Masidi pada majlis berkenaan.

“Walaupun terdapat sedikit peningkatan dalam penerimaan dividen dan sumbangan, pencapaian itu masih belum berada pada tahap yang boleh dianggap memuaskan dan belum mencerminkan potensi sebenar aset serta pelaburan kerajaan negeri,” katanya.

Kementerian turut mengulangi bahawa prestasi badan berkanun negeri dan syarikat berkaitan kerajaan negeri masih belum mencapai tahap yang memuaskan walaupun berlaku peningkatan sederhana dalam penerimaan dividen dan sumbangan.

Pada masa sama, kementerian merakamkan penghargaan kepada organisasi media atas kerjasama mengemas kini laporan berdasarkan angka yang diperbetulkan serta memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang timbul akibat ketidaktepatan tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved